SABTU lalu, Parti Warisan Sabah (Warisan) secara rasmi melancarkan parti tersebut di negeri ini. Perlis adalah negeri terbaharu Warisan bertapak selepas parti itu meluaskan pengaruhnya di Semenanjung. Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berlangsung penuh meriah dengan penyertaan ramai bekas pemimpin UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Selain itu, Warisan di Perlis juga digerakkan pemimpin pelbagai latar belakang politik dan kaum termasuk bekas-bekas wakil…










