Puad Zarkashi : Saya bukan 'penjilat' Najib - Utusan Malaysia

Puad Zarkashi : Saya bukan ‘penjilat’ Najib

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR : Mengakui wujudnya beberapa ‘kem’ dalam parti UMNO, Ahli Majlis Tertinggi (UMNO), Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, ia bukan perkara pelik kerana ia turut berlaku dalam semua parti politik di Malaysia.

Namun begitu, beberapa kem dalaman UMNO itu jelasnya tidak menunjukkan perpecahan yang menyebabkan masalah kritikal berlaku sehingga memberi persepsi negatif kepada masyarakat. 

“Saya tidak mengatakan itu sebagai perpecahan. UMNO bila berhadapan musuh, ia bersatu. Soal mereka ada pengikut, itu perkara biasa. 

“Siapa kata parti lain tidak ada pengikut? Siapa kata Azmin tidak ada pengikut dalam Bersatu? Siapa kata Hamzah tiada pengikut dalam Bersatu? dan saya yakin mereka tikam menikam antara satu sama lain.

“Cuma, UMNO sudah masak dengan perkara ini dan pada saya ini bukan soal perpecahan. Perpecahan berlaku bila tidak mengikut perlembagaan parti sahaja,” katanya dalam program Sembang Politik PRN Johor anjuran MMTV, semalam. 

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Puad secara tegas menafikan dirinya pengikut kepada mana-mana kem. 

“Saya adalah orang politik yang tidak mengamalkan pengikut kepada sesuatu kumpulan. Saya bersendirian. Tetapi, saya faham ada setengah dari mereka mungkin bergantung kepada kekuatan seseorang. Tetapi saya tidak begitu. 

“Saya bertanding jawatan Majlis Tertinggi, saya nombor 10. saya tak ada jawatan dan tak ikut mana-mana kumpulan,” katanya lagi. 

Beliau juga dalam masa yang sama turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menyifatkan dirinya sebagai ‘hulubalang’ Datuk Seri Najib Razak.

“Saya melihat kepada hujah dan fakta. Siapa kata saya tidak pernah kritik Najib? Tapi semua orang tahu, saya kritik pemimpin UMNO, mereka tidak boleh marah sya sebab itu karakter saya. Jadi dakwaan yang kata saya ini ‘penjilat’ Najib tidak betul,” ujarnya.

Mengulas mengenai perkembangan dirinya yang bertanding di N.25 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, beliau secara tegas menolak jawatan Exco jika Barisan Nasional (BN) menguasai Johor. 

“Awal-awal lagi saya dah cakap dengan Hasni (Datuk Hasni Mohammad), saya tidak mahu jawatan Exco sebab beliau perluKan pasukan yang lebih mantap. 

“Beri peluang kepada orang muda pula, saya dah memegang jawatan dalam kabinet, ahli parlimen, bagi peluang kepada Yang lain,” katanya.  –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya