Industri nanas rugi RM13.4 juta akibat bencana alam

Industri nanas rugi RM13.4 juta akibat bencana alam

ARTHUR Joseph Kurup (kanan) melawat pameran selepas Majlis Seminar Nanas Antarabangsa 2025 di Johor Bahru.-UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Industri nanas tempatan mengalami kerugian berjumlah RM13.4 juta sejak 2021 hingga 2024 akibat kerosakan disebabkan bencana alam susulan kejadian cuaca ekstrem seperti banjir kilat dan kemarau panjang.

Timbalan Menteri dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, bagaimanapun jumlah kerugian telah berjaya dikurangkan dari setahun ke setahun oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).

“Kerugian industri nanas pada tahun 2021 adalah sebanyak RM7 juta, manakala kerugian pada 2024 telah berkurangan sehingga RM1.02 juta sahaja.

“Pengurangan jumlah kerugian ini adalah bukti bahawa inisiatif diambil MPIB berjaya dan membuahkan hasil, sekaligus meningkat manfaat kepada pengusaha tanaman nanas tempatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Industri Nanas Antarabangsa 2025 di sini hari ini.

Arthur berkata, pendekatan baharu yang lebih proaktif perlu diadaptasi bagi menghadapi cabaran antaranya melaluinya sistem pengairan dan pembentungan cekap, pembangunan data menyeluruh melalui banci nanas dan pengadaptasian teknologi seperti pendigitalan, internet kebendaan (lot) selain penggunaan dron serta tenaga solar.

“Usaha ini membolehkan negara mengekalkan pengeluaran nanas yang mampan, melindungi pendapatan pekebun sekaligus menjamin bekalan nanas berkualiti untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Pada masa sama, kita juga menggalakkan golongan muda untuk menceburi industri nanas yang mana sektor hilirannya adalah pelbagai termasuklah penghasilan pakaian dan produk farmaseutikal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×