BN perlukan rakan hadapi PRN Sabah

BN perlukan rakan hadapi PRN Sabah

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Barisan Nasional (BN) memerlukan rakan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sekaligus menjadi parti dominan di negeri berkenaan.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun secara dasarnya masih belum terdapat perjanjian yang dibuat antara parti berkenaan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah serta pihak lain.

“Kita di Sabah ni memerlukan rakan, kita perlu rakan menghadapi PRN Sabah, BN di Sabah perlukan rakan dan secara dasarnya walaupun belum ada apa-apa perjanjian dibuat, BN Sabah akan bekerjasama dengan PH Sabah.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak yang lain. Kita buat kita punya core group dulu iaitu BN, PH lepas tu kita akan buka berunding dengan mana-mana parti tempatan yang boleh dijadikan sebagai rakan menghadapi PRN Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi kali ke-52 Koperasi Kaum Ibu Penajes, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad menyatakan proses mengenali ‘rakan’ itu masih lagi dalam rundingan terutamanya bagi mengelakkan adanya pertindihan kerusi.

“Berapa BN nak kerusi, berapa PH nak kerusi dan mengambil kira juga rakan atau pihak ketiga yang akan menjadi rakan dalam gabungan itu nanti.

“Jadi, itu kita sedang rundingkan antara BN dengan PH dulu dan mengambil kira juga pembahagian kerusi nanti dengan pihak yang akan kita kenal pasti untuk jadi rakan dalam gabungan ini,” katanya.

Menurutnya, rundingan itu jika sebaiknya membolehkan BN menang di kerusi yang telah diperuntukan dan kemudiannya menjadi sebagai parti dominan.

“Kita nak bertanding di kerusi apa keadaan berlaku, kita dominan di Sabah, akan beri peluang BN menjadi parti yang mentadbir semula bersama-sama dengan rakan-rakan kerajaan perpaduan pula di Sabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN