PIJ buat laporan polis terhadap Muda - Utusan Malaysia

PIJ buat laporan polis terhadap Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: PIJ Holdings Sdn. Bhd. (PIJ Holdings), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Johor membuat laporan polis terhadap Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di atas dakwaan menceroboh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PIJ Holdings, laporan polis dibuat melalui subsidiarinya, PIJ Property Development Sdn. Bhd. (PIJ Property) terhadap parti baharu terbabit.

Jelas kenyataan itu, Inkubator Usahawan yang terletak di Taman Perbadanan Islam (TPI) Stulang Baru di sini yang digunakan Muda dibangunkan bagi membantu usahawan muda untuk memulakan langkah mereka dalam bidang perniagaan.

“Satu laporan polis dibuat terhadap Muda berhubung pencerobohan dan penggunaan aset Inkubator Usahawan milik PIJ Property tanpa kebenaran.

“Aset premis syarikat itu tidak sesekali bertujuan untuk dijadikan sebagai pusat operasi mana-mana parti politik,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut kenyataan itu, rekod dan komunikasi terkini berkenaan premis tersebut hanyalah dengan seorang individu yang ingin menggunakan premis tersebut bagi tujuan perniagaan perabot jati dan bukan bagi tujuan bilik gerakan politik. 

Tambahnya, individu tersebut tidak dibenarkan untuk menyewakan premis tersebut kepada pihak lain.

“Kami kesal kerana bukan sahaja aset premis ini tidak digunakan bagi tujuan keusahawanan tetapi malah lebih mengecewakan apabila penggunaan aset ini adalah tanpa pengetahuan, persetujuan dan perjanjian antara PIJ Property dan parti Muda.

“Kami memohon pihak Parti Muda segera mengosongkan dan mengembalikan premis tersebut kepada pihak kami dalam keadaan baik dan asal,” ujarnya. 

Tambahnya, bagi memastikan fungsi dan kemudahan usahawan tersebut dapat dimanfaat sepenuhnya oleh para usahawan di sekitar Johor Bahru, syarikat memohon agar perkara ini dapat diselesaikan segera dalam keadaan harmoni. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya