Undi 18: Pas galak ahli ‘tarbiah’ anak sejak kecil - Utusan Malaysia

Undi 18: Pas galak ahli ‘tarbiah’ anak sejak kecil

WAN Roslan Wan Hamat (dua kiri) membakar sate ketika merasmikan Stesen Mek Awey di SPP Taman Kota Warisan Berangan, Tumpat, Kelantan hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun ke atas dilihat tidak akan menggugat kedudukan Pas dan peluang parti itu untuk mengekalkan kemenangan di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Setiausaha Pas Kelantan Wan Roslan Wan Hamat berkata, pelaksanaan pindaan hak kelayakan itu bukan pelik kerana selari dengan ajaran Islam yang menjadi dasar parti berkenaan sejak sekian lama.

Malah, katanya, Pas selama ini sentiasa menggalakkan ahli supaya mendidik anak-anak masing-masing berjuang bersama parti sejak kecil

“Bagi memastikan sokongan pengundi berusia 18 tahun kepada parti terus ‘solid’ sebagaimana kelompok umur lain, Pas Kelantan juga menubuhkan pasukan khas untuk mendekati golongan tersebut lebih awal.

“Gerak kerja itu telah berjalan mengikut mengikut norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mencegah pandemik Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Stesen Mek Awey di SPP Taman Kota Warisan Berangan, di sini hari ini.

Wan Roslan dalam pada itu memberitahu, amalan Pas selama ini, individu yang yang sudah baligh atau berusia 15 tahun sudah diterima untuk menjadi ahli parti itu.

Katanya, situasi tersebut jelas menunjukkan ajaran Islam sudah lama mendahului amalan demokrasi. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya