Kelantan tebang pokok kurang daripada had catuan ditetapkan - Utusan Malaysia

Kelantan tebang pokok kurang daripada had catuan ditetapkan

HSK di Kelantan yang dibotakkan untuk tujuan ladang hutan sehingga mengganggu habitat hidupan liar. – Sumber gambar/Meor Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Kelantan komited memastikan semua kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri ini diurus sepenuhnya mengikut amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB).

Sehubungan itu, keluasan kawasan dilesenkan untuk pengusahasilan ditentukan berdasarkan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dan Pengurusan Hutan Secara Memilih (Selective Management System).

Peraturan CTT bertujuan untuk mengimbangi jumlah pengeluaran dan penghasilan kayu dengan keupayaan dan keluasan hutan pengeluaran dalam HSK. 

Pengarah Perhutanan negeri, Abdul Khalim Abu Samah berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) CTT untuk Kelantan adalah 5,417 hektar setahun manakala di bawah RMK-12 pula 3,900 hektar setahun.

Bagaimanapun kata beliau, keluasan kawasan yang dilesenkan di Kelantan bagi RMK-11 (2016 hingga 2020) dan RMK-12 bermula 2021 adalah jauh lebih rendah dari CTT yang telah ditetapkan itu.

“Pada 2016, hanya 2,624.12 hektar dilesenkan atau 48.46 peratus daripada CTT ditetapkan, diikuti 3,100.3 hektar atau 57.23 peratus pada 2017; 3,147.7 hektar atau 58.11 peratus (2018); 1,385 hektar atau 25.57 (2019) dan 2,324.82 hektar atau 42.92 peratus (2020).

“Pada 2021,hanya 1,277 hektar kawasan dilesenkan untuk pengusahahasilan atau 32.74 peratus daripada CTT yang ditetapkan iaitu 3,900 hektar setahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalim, keluasan kawasan berhutan di Kelantan sehingga 31 Disember 2021 adalah seluas 767,202.5 hektar, dengan 629,880.95 hektar daripadanya adalah HSK dan selebihnya Hutan Tanah Kerajaan serta Taman Negara. 

“HSK ini dibahagikan kepada hutan pengeluaran seluas 468,714.63 hektar atau 74.4 peratus dan hutan perlindungan seluas 161,166.32 hektar atau 25.59 peratus. 

“Pengusahasilan hutan atau pembalakan hanya dibenarkan di hutan pengeluaran sahaja manakala hutan perlindungan tidak dibenarkan pembalakan sama sekali,” katanya.

Berikut ialah ringkasan luas kawasan dilesenkan di Kelantan berbanding CTT ditetapkan kepada negeri ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya