Bubar DUN tanpa berunding dengan PN - Utusan Malaysia

Bubar DUN tanpa berunding dengan PN

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibuat tanpa perundingan Perikatan Nasional (PN) meskipun menjadi sebahagian kerajaan negeri Johor.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun begitu pihaknya bersedia menghadapi pilihan raya itu yang akan diadakan pada bila-bila masa susulan pembubaran DUN.

Katanya, sebagai persediaan menghadapi pilihan raya, PN akan mengadakan rundingan dengan parti-parti anggota PN bagi memuktamadkan kerusi-kerusi akan ditandingi selain memberi tumpuan kepada persiapan
jentera parti.

“Sekiranya diberikan mandat oleh rakyat negeri Johor dalam pilihan raya ini, PN akan membentuk sebuah kerajaan berintegriti, prihatin rakyat dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Johor seluruhnya.

“Saya menyeru semua pengundi yang layak untuk mengundi dalam PRN Johor kali ini supaya keluar mengundi dengan mematuhi SOP yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhyiddin, beliau berharap SOP yang akan ditetapkan nanti adalah seimbang daripada segi keutamaan untuk mencegah penularan Covid-19 dan memberi ruang kepada parti-parti politik untuk berkempen secara bebas, adil dan selamat.

“Saya juga mengalu-alukan semua pengundi baharu termasuk pengundi berumur 18 tahun ke atas yang akan mengamalkan hak demokrasi mereka sebagai pengundi buat pertama kali dalam PRN Johor.

“Tunaikanlah hak dan tanggungjawab anda secara bijaksana,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.