Berapa banyak lagi duit rakyat diseleweng jika pimpinan UMNO berkuasa? - Utusan Malaysia

Berapa banyak lagi duit rakyat diseleweng jika pimpinan UMNO berkuasa?

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kepemimpinan UMNO didakwa menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk terus menguasai dunia politik tanpa memberi ruang kepada parti lain untuk membuat semak dan imbang.

Dakwaan itu dibuat Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan yang dimuat turun menerusi laman sosial media Facebook.

“Saya sudah sebutkan sebelum ini bahawa kluster mahkamah amat terdesak kerana mahu mengelak masuk penjara. Bermula dengan Najib, sekarang diikuti oleh Zahid. Kedua-duanya berhadapan dengan penjara atas sebab yang sama iaitu dituduh menyelewengkan wang.

“Hari ini, mereka menggunakan parti mereka untuk memaksa bangsa Johor menghadapi pilihan raya. Mereka tamak mahu membolot kuasa. Tak mahu wujud parti lain yang boleh bagi semak imbang dalam kerajaan supaya kalau ada rasuah boleh disembunyi.

“Agaknya banyak mana lagi duit rakyat yang akan diseleweng kalau matlamat mereka membolot kuasa dapat dicapai?” soalnya.

Hari ini, Mahkamah Tinggi  memerintahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid, 68, dibicarakan terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi yang mana beliau merupakan pengasas dan pemegang amanahnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya