‘Apa erti rundingan jika asyik membawa api' -Nik Mohamad Abduh - Utusan Malaysia

‘Apa erti rundingan jika asyik membawa api’ -Nik Mohamad Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Apa erti rundingan jika perunding asyik pulang membawa api dan kepanasan?”

Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keadaan itu lebih teruk apabila berjalan ke meja rundingan dengan cahaya bebola api dilepaskan dari pangkalan masing-masing.

“Umat Islam menuntut islah dan ihsan (tambah baik) daripada politik Islam (siyasah syar’iyah) yang perlu sentiasa disegarkan dengan lonjakan tajdid dan pembaharuan dalam pemikiran dan dakwahnya.

“Saya doakan keajaiban ini untuk Muafakat Nasional (MN). Semoga nikmat Allah tidak hilang, tidak bertukar keafiatannya dan dikejutkan dengan kecelakaan ke atasnya,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa parti itu hanya ditawarkan empat daripada 56 kerusi DUN untuk ditandingi oleh UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air kemudiannya mendakwa, tawaran tersebut bukanlah ‘cara yang baik’.

Terdahulu, Nik Mohamad Abduh berkata, politik Islam hari ini memerlukan lonjakan baharu dengan penguasaan dan kepakaran yang lebih menyerlah dalam perundingan politik ke arah kemajuan negara. 

Katanya lagi, segala kebaikan dan keuntungan yang telah pun dicapai hasil daripada perpaduan antara parti-parti mestilah dilestarikan agar ia terus menghasilkan buah demi buah pada hari depan.

“Kekuatan azam politik yang mencipta MN sebagai contoh, masih tidak mencukupi untuk memeliharanya daripada kemungkinan kembali pecah dan terburaiatannya. 

“Kita berjaya menyatukan tetapi tidak berupaya menjaganya dengan baik,” jelasnya. 

Menurut beliau, hal ini kerana semua pihak belum bersedia dengan penguasaan dan kepakaran perundingan dalam menangani krisis yang pasti sahaja boleh berlaku. 

“Bukankah perpaduan itu ramai musuh dan penghasadnya?,” soalnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya