Skuad pemuda tumbang lembu lancarkan ibadat korban MAN

Skuad pemuda tumbang lembu lancarkan ibadat korban MAN

AZMAN Omar (belakang, empat dari kiri) bersama skuad pemuda tumbang lembu di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Dalam melaksanakan ibadat korban di masjid atau surau, antara yang kritikal dan penting adalah pasukan penumbang lembu.

Jika pasukan penumbang lembu itu cekap, maka mudahlah urusan sembelihan haiwan korban dilaksanakan waima berapa pun jumlah lembu yang disembelih.

Masjid An-Nur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor beruntung kerana terdapat sekumpulan 20 pemuda berusia 20 ke 30-an yang secara sukarela membentuk skuad penumbang lembu.

Mereka terdiri daripada anak-anak kariah yang juga rakan-rakan sebaya semasa bersekolah menengah dahulu.

Pengarah projek korban MAN, Azman Omar berkata, kehadiran skuad pemuda itu banyak membantu melicinkan perjalanan ibadat korban semalam.

SEBAHAGIAN daripada lembu yang dikorbankan di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh semalam.

Beliau yang juga Timbalan Nazir MAN memberitahu, program menyembelih 12 ekor lembu yang bermula kira-kira pukul 9.20 pagi selesai pada pukul 1 tengah hari

“Alhamdulillah ia siap lebih awal berbanding tahun lepas. Sebanyak 300 kilogram daging diagihkan kepada 180 asnaf, manakala selebihnya diedarkan kepada para petugas dan anak-anak kariah MAN,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tahun ini, penyertaan korban lebih menggalakkan berbanding tahun lalu iaitu 10 ekor. Satu bahagian lembu korban berharga RM900 termasuk kos pengurusan.

PETUGAS memotong daging sebelum diagihkan kepada fakir miskin dan anak-anak kariah Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam.

MAN turut mendapat sumbangan dua ekor lembu daripada Ahli Parlimen Sungai Buloh  Hadir sama, Nazir MAN, Hamzah Mohd. Amin.

Para petugas dan jemaah kemudian disajikan makan tengah hari iaitu nasi berlauk sup tulang,  daging goreng kunyit dan tetel asam pedas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN