Kerjasama PH-Bersatu: Radzi Jidin tahu siapa ‘pemfitnah bertopeng’

Kerjasama PH-Bersatu: Radzi Jidin tahu siapa ‘pemfitnah bertopeng’

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin mengakui, beliau mengetahui siapa yang memainkan naratif bahawa parti itu bakal kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Radzi berkata, dakwaan itu merupakan fitnah yang sengaja dimainkan pihak tertentu bagi mengelirukan rakyat mengenai pendirian Bersatu.
“Fitnah jahat sedang tersebar kononnya Bersatu akan kembali bersama PH.

“Sedang kita sibuk dengan ibadah korban, mereka sibuk dengan fitnah. Saya tahu siapa pemfitnah ini walaupun mereka bertopeng,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut menyangkal dakwaan Bersatu sedang dibawa ke arah bekerjasama dengan PH dan menyifatkan mereka yang mempercayai perkara itu adalah bodoh.

Ahmad Faizal berkata, ia sengaja dimainkan bagi mengelirukan penyokong Perikatan Nasional (PN), selain cubaan melemahkan keyakinan akar umbi terhadap pendirian Bersatu.

Sebelum ini, terdapat desas-desus bahawa Bersatu akan kembali kepada PH berikutan ketegangan hubungan Bersatu dan Pas.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tidak berlaku sebarang perbincangan membabitkan kerjasama di antara Bersatu dan PH.

Beliau turut menyifatkan kerjasama itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal kerana Bersatu ialah antara parti yang pernah meruntuhkan Kerajaan PH pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN