Dira berbaju kurung biru ke pusat penamaan calon - Utusan Malaysia

Dira berbaju kurung biru ke pusat penamaan calon

DIRA (tengah) berbaju kurung biru tiba di PPC DUN Rim di Dewan MPJ Lipat Kajang, Melaka. - UTUSAN/ZULKIFLI MANZOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Khaidhirah Abu Zahar, 37, menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Dewan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Lipat Kajang di sini, sebentar tadi.

Pelakon dan pengarah drama yang lebih dikenali sebagai Dira itu dilihat tiba kira-kira pukul 8.25 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan juga anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin mengenakan baju kurung berwarna biru.

Bersama beliau memasuki PPC ialah pencadang, Zulkifli Khalil dan penyokong, Jaharah Sadun.

Dira berdepan tiga calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), B. Prasant Kumar dan calon Perikatan Nasional (PN), Azalina Abdul Rahman.

Prasant Kumar tiba pada pukul 8 pagi, manakala Azalina pukul 8.58 pagi. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya