Rafizi kembali perkuatkan PKR? - Utusan Malaysia

Rafizi kembali perkuatkan PKR?

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OLEH: ROSHIHAN ANNUAR YUB, FAHMI FAIZ dan AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN

PETALING JAYA- Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan kembali ke arena politik tanah air untuk membantu PKR menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dalam pertemuannya dengan Mingguan Malaysia di kediamannya Rabu lalu, Presiden PKR itu memberi bayangan Rafizi sudah memberikan respons yang cukup baik dan mula membantu gerak kerja yang dijalankan oleh PKR ketika ini.

“Rafizi merupakan seorang pemimpin muda yang baik dan ada ketokohan. Dia berundur dari politik bukan kerana tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi tersinggung dan kecewa melihat gelagat beberapa pemimpin parti yang dilihat cenderung mengaut keuntungan dan menghakis prinsip perjuangan parti.

“Rafizi ini bukan ingin sangat bertanding jawatan Timbalan Presiden tetapi dia melihat ada sesuatu yang tidak kena dalam parti. Bila melihat PH sudah menjadi kerajaan (selepas PRU-14), ada segelintir yang meminggirkan individu yang baik-baik dan melantik individu yang tidak sepatutnya,” katanya.

Menurut beliau sikap sebegini yang ditonjolkan oleh segelintir pemimpin bukan sahaja memberi kesan kepada pentadbiran ketika itu, malah menyinggung perasaan dan melukakan hati rakyat terutamanya orang Melayu.

“Pemimpin muda seperti Rafizi dan Nurul Izzah ialah pemimpin pelapis yang ada ketokohan. Orang ini kita akan pujuk semula untuk balik kepada perjuangan dan landasan parti. Walaupun kedegilan mereka boleh tahan tetapi tidak melanggar hukum. Saya hormati prinsip mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN