Kelebihan parti perjuang hak Sabah - Utusan Malaysia

Kelebihan parti perjuang hak Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Berbaki lima hari lagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, pemerhati politik percaya isu-isu dibangkitkan parti bertan­ding dalam kempen untuk memperjuangkan hak rak­yat Sabah berpeluang menang.

Penganalisis dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Jayum Jawan Empaling berkata, rakyat Sabah inginkan wajah baharu, bukannya ‘jadi baharu daripada orang lama’. “Parti USNO sudah berjasa di masa lampau dan usia sudah berlalu. Ketokohan (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) pun tidak ada untuk hidupkan USNO.

“Parti Bersatu Sabah (PBS)?… Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sudah tidak ada… Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili pula tidak kelihatan… tidak ada ummph kali ini.

“Parti Cinta Sabah (PCS) dike­tuai presiden (Datuk Seri) Anifah Aman sama macam abangnya (Tan Sri) Musa Aman… sudah diberi peluang dan berjasa.

“Sejarah tunjukkan BN ‘gugat kedaulatan’. Rakyat Sabah akan pilih parti tempatan yang perjuangkan hak Sabah… Warisan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Jayum berkata, isu berlegar dalam PRN kali ini bukan isu Malaysia tetapi Sabah dan domestik, bukan nasional.

“Datuk Seri Mohd. Shafie tidak mahu Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) ke hadapan dalam kempen Warisan sebab (PRN) ini perjuangan untuk negeri, bukan Pusat (Semenanjung).

“Isu di Sabah tidak mencerminkan isu di Semenanjung. Sifat wilayah Semenanjung dengan majoriti Melayu di 10 negeri dan satu sahaja majoriti Cina (Pulau Pinang) berbeza dengan di Sarawak didiami 43% Dayak (Iban, Bidayuh dan Orang Ulu), Melayu Melanau (27%) dan Cina (28%).

“Di Sabah pula peratusannya antara 13 hingga 18% seimbang mewakili Bajau, Kadazandusun dan Murut dengan suku-suku lain menghimpun pelbagai penduduk asal yang dikelompokkan dalam kategori kecil,” katanya.

Tegas Jayum: “Kalau saya penasihat Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya akan katakan jika terlalu menganjakkan modal politik Semenanjung di Sabah dalam kempen PRN ini, ia akan memakan diri.

“Sokong satu pendekatan untuk semua, itu tidak betul.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN