SHAH ALAM: Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan ketujuh menerima rasuah daripada syarikat pengurusan sisa berjadual, pada empat tahun lalu. Tertuduh, Dr. Norhazni Mat Sari, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan ke atasnya. Mengikut pertuduhan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) yang akan bersara wajib pada tahun depan itu didakwa menerima rasuah sebanyak RM9,110 daripada sebuah…










