Penganggur tak mengaku bakar enam rumah keluarganya

Penganggur tak mengaku bakar enam rumah keluarganya

Bakar rumah
JEFERY Johar dibawa polis ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan melakukan khianat membakar enam buah rumah ahli keluarganya, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang penganggur yang mempunyai 26 rekod jenayah termasuk dadah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membakar enam buah rumah ahli keluarganya, minggu lalu

Pengakuan Jefery Johar, itu direkodkan dihadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar selepas keenam-enam pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan.

Mengikut pertuduhan, Jefery, 44, didakwa melakukan khianat menggunakan bahan api dengan membakar enam buah rumah seterusnya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika disabit kesalahan.

Kesalahan itu dilakukan dekat Kampung Johan Setia pada 13 Jan lalu antara pukul 2 hingga 2.30 petang.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Suhaili Abu Bakar memaklumkan kesalahan itu adalah tidak boleh dijamin, namun mencadangkan jumlah sebanyak RM10,000 jika mahkamah membenarkan jaminan.

“Jika mahkamah ingin menggunakan budi bicara saya mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap kesalahan,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh enggan membuat sebarang rayuan bagi mendapatkan jaminan ketika peluang mitigasi diberikan.

Justeru, hakim memutuskan tiada jaminan dibenarkan dan menetapkan sebutan semula kes pada 31 Mac depan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, sebelum ini dilapor mengesahkan kejadian kebakaran sebuah rumah yang musnah 95 peratus. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN