KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram melebihi RM2.1 juta. Turut didakwa atas tuduhan serupa di mahkamah berlainan ialah isteri ketiganya, Salwani Anuar @ Kamaruddin. Di hadapan Hakim Azura Alwi, Muhammad Hafizuddeain, 58, didakwa menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM969,000 yang didepositkan ke dalam akaun Bank Muamalat miliknya di antara 7 Mei…










