ALOR SETAR: Bekas warden sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh penghuni di situ, empat tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Evawani Farisyta Mohammad membuat keputusan melepas dan membebaskan Sidi Ahmad Amin Mamat, 50, tanpa perlu membela diri di akhir kes pendakwaan. Hakim Evawani memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang masih bujang. Beliau dalam penghakiman antaranya menyatakan bahawa…










