Bahrain ganti Algeria sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB

Bahrain ganti Algeria sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Tempoh perkhidmatan Algeria sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berakhir pada Rabu, dengan Kerajaan Bahrain mengambil alih kerusi tersebut bermula Khamis bagi tempoh dua tahun.

Dengan bermulanya tahun baharu, UNSC dianggotai lima ahli tetap iaitu United Kingdom (UK), China, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Persekutuan Russia, selain 10 anggota tidak tetap yang dipilih oleh Perhimpunan Agung PBB (UNGA).

Anggota tidak tetap bagi tahun 2026 ialah Bahrain, Republik Demokratik Congo, Liberia, Latvia, Colombia, Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia.

Selain Algeria, Guyana, Korea Selatan, Sierra Leone dan Slovenia turut menamatkan tempoh keanggotaan masing-masing dalam UNSC semalam.

Mengikut amalan yang telah ditetapkan, negara-negara Arab bergilir-gilir menduduki kerusi anggota tidak tetap antara kumpulan Afrika dan Asia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×