TMM 2026, Kelantan sasar 12 juta pelancong

TMM 2026, Kelantan sasar 12 juta pelancong

PASAR Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan antara lokasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri-GAMBAR FAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan menyasarkan 12 juta pelancong melawat ke negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2026).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md. Noor, sebanyak 52 program yang akan dianjurkan sepanjang tahun ini bagi memastikan sasaran itu mampu dicapai.

Katanya, penganjuran itu melibatkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan pelbagai pihak bagi menarik pelancong domestik dan asing ke Kelantan.

“Jika sebelum ini 90 peratus adalah pelancong dalam negara dan hanya 10 peratus luar negara, namun tahun ini kita mensasarkan lebih ramai pelancong luar negara.

“Sebelum ini kebanyakan pelancong luar negara hanya menjadikan negeri ini sebagai transit untuk ke Pulau Perhentian, namun menerusi pelbagai program yang akan dianjurkan, kita percaya mampu menarik mereka untuk bermalam di Kelantan,” katanya kepada pemberita semasa menyambut ketibaan pelancong di pintu masuk sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra (LTSIP) di sini, hari ini.

Kamarudin memberitahu, bermula Mac nanti Kelantan menawarkan perkhidmatan feri untuk ke Pulau Perhentian di Terengganu.

Katanya, sebelum ini pelancong luar negara yang mahu ke Pulau Perhentian perlu menggunakan jeti Besut, Terengganu namun kali ini mereka boleh memilih kemudahan di Kelantan untuk ke kawasan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN