Danish kini tujuh terbaik Asia B-20

Danish kini tujuh terbaik Asia B-20

Danish Iftikhar Muhammad Roslee.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari pecut muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee menamatkan cabaran acara 100 meter (m) lelaki di kedudukan ketujuh pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah 20 Tahun, hari ini.

Atlet berusia 19 tahun itu merekodkan catatan 10.43 saat (s) dalam perlumbaan akhir yang berlangsung di Kai Tak Youth Sports Ground.

Pingat emas dimenangi wakil China, Dai Hongyu selepas mencatat masa terpantas 10.28s.

Pelari tuan rumah, Kwok Chung Ting meraih pingat perak dengan catatan 10.35s manakala gangsa menjadi milik atlet Jepun, Yasukawa Tsubasa yang turut merekodkan masa sama.

Terdahulu, Danish berjaya mengesahkan tempat ke final selepas menamatkan perlumbaan separuh akhir di kedudukan keenam keseluruhan menerusi catatan masa 10.38s.

Kejayaan mara ke final itu sekali gus mengesahkan status Danish sebagai antara prospek utama olahraga negara menjelang Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Oregon, Amerika Syarikat (AS), Ogos ini.

Danish sebelum ini muncul antara atlet muda paling menyerlah negara selepas beberapa kali memecahkan rekod kebangsaan remaja selain konsisten mencatat masa bawah 10.50s sepanjang musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN