SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan gali semula kubur pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Allahyarham Muhammad Amir Rusyadi Muhamad Zaidi. Bagaimanapun, Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan kertas siasatan terhadap punca kematian dibuka semula dengan melantik pegawai penyiasat baharu dari Ibu pejabat Polis Bukit Aman. Selain itu, mahkamah juga membenarkan inkues bagi menyiasat punca kematian dengan mengeluarkan satu perintah yang mengarahkan Peguam…










