SHAH ALAM: Ibu kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf memfailkan permohonan penangguhan hukuman sehingga rayuan terhadap sabitannya diputuskan, di sini, hari ini. Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan tarikh pendengaran permohonan pada 4 Disember ini pada prosiding di hadapan Timbalan Pendaftar Kanan, Nadiah Misman. Peguam mewakili Ismanira, 30, Harues Mahadevan berkata, pihaknya memfailkan permohonan penggantungan hukuman menerusi notis usul pada 4 November lalu. Permohonan itu dibuat sementara menunggu rayuannya…










