MELAKA: Seorang pekerja kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kemalangan membabitkan lima pemandu lain, minggu lalu. Tertuduh, Anuar Baharin, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu pacuan empat roda didapati positif methamphetamine dalam badannya, hasil ujian saringan awal air kencing…