SHAH ALAM: Menteri Pertahanan dan kementeriannya memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi di sini, hari ini untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kematian Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin sehingga siasatan selesai dijalankan. Aku janji itu diterima Hakim Adlin Abdul Majid dan merekodkan surat yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan bertarikh 24 september. “Mahkamah merekodkan aku janji di perenggan ketiga surat tersebut iaitu pihak responden dan Kementerian Pertahanan memberi aku janji kepada pemohon…