SHAH ALAM: Prosiding hujahan notis usul penggalian semula kubur pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ditetapkan pada 25 Ogos, Isnin depan. Permohonan tersebut dibuat supaya bedah siasat kali kedua terhadap mahasiswa berusia 22 tahun itu dapat dijalankan. Penetapan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet selepas mendengar permohonan daripada peguam, Datuk Naran Singh yang mewakili ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, Ummu…