SHAH ALAM: Proses bedah siasat kali kedua terhadap jasad pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin diperintah dilakukan oleh Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL). Perintah tersebut dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh yang turut mengarahkan proses tersebut dilaksanakan dalam tempoh 14 hari selepas kubur anak kedua pemohon, Ummu Haiman Bee Daulatgun digali semula. Beliau dalam penghakimannya turut…