Cubit lengan budak dalam surau, warga emas didenda RM2,000

Cubit lengan budak dalam surau, warga emas didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang warga emas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini dan didenda sebanyak RM2,000 atas kesalahan mencubit lengan seorang kanak-kanak sehingga cedera ketika berada di dalam surau.

Hukuman itu dikenakan selepas Majistret Ameera Mastura Khamis mendengar pengakuan salah daripada tertuduh, Ismail Hadi, 67, usai kertas pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dalam sebuah surau dekat Seksyen 26, di sini kira-kira pukul 8.45 malam pada 31 Mei lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Peguam Shalehhuddin Salam dan Ainul Farihah Azizi mewakili tertuduh dalam mitigasinya memaklumkan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya yang mempunyai tujuh anak.

“Anak guam kami tidak lagi bekerja. Jadi, mohon hukuman ringan berupa denda seminimanya,” katanya.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Aliaanisa Khairus Masnan, memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN