Peniaga beraya di penjara selepas belasah warga emas

Peniaga beraya di penjara selepas belasah warga emas

SAIFUL Adli Yusof
SAIFUL Adli Yusof dipenjara empat bulan atas kesalahan memukul dan mengugut seorang warga emas dekat Jalan Cheras - Hulu Langat, di Kajang, Selangor, bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang peniaga terpaksa meringkuk dalam penjara terutama menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini, semalam kerana memukul dan mengugut warga emas di Jalan Cheras – Hulu Langat, bulan lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Saiful Adli Yusof, dalam prosiding semakan hukuman terhadap keputusan Mahkamah Majistret sebelum ini.

Mahkamah mengguna pakai Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah untuk memanggil semula kes tersebut dan mengenepikan hukuman denda yang diputuskan Mahkamah Majistret.

“Kamu dipenjara empat bulan bermula hari ini. Bagi dua pertuduhan, kedua-dua hukuman berjalan serentak,” kata hakim.

Saiful, 52, sebelum ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Liew Khoon Foo, 70, serta mengugut mahu membunuh mangsa.

SAIFUL Adli Yusof
SAIFUL Adli Yusof dibawa polis meninggalkan kamar Mahkamah Tinggi selepas dijatuhkan hukuman penjara empat bulan, di Shah Alam, Selangor, semalam. – UTUSAN / MOHD. FARHAN DARWIS

Dalam prosiding hari ini, Khoon Foo membacakan pernyataan impak mangsa dalam bahasa Mandarin dengan menyatakan beliau mengalami trauma, takut keluar rumah serta tidak lagi berani memandu.

Mangsa turut memaklumkan menerima enam jahitan di lidah sehingga menyukarkannya untuk makan dan menafikan sengaja melanggar kenderaan tertuduh.

Pada 10 Februari lalu, Majistret Mahkamah Kajang, Fatin Dayana Jalil menjatuhkan hukuman denda keseluruhan RM5,500 selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, kesalahan dilakukan di Jalan Cheras-Hulu Langat, Batu 9 Cheras pada pukul 4.05 petang, 8 Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN