Dua pengarah dituduh gelapkan hasil jualan RM182,900

Dua pengarah dituduh gelapkan hasil jualan RM182,900

Hasil jualan
LIEW Yew Wei (kiri) dan Ding Foong Piek dibawa ke Mahkamah Majistret bagi mendepani pertuduhan 49 pertuduhan berkaitan menggelapkan hasil jualan produk syarikat dan menggunakan hasil daripada aktiviti haram, di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 49 pertuduhan menggelapkan wang hasil jualan produk syarikat berjumlah RM182,900 antara 2020 hingga 2022.

Tertuduh, Liew Yew Wei dan Ding Foong Piek membuat pengakuan demikian selepas mendengar 26 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dan 23 bersama oleh jurubahasa.

Dalam pertuduhan bersama, kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 403, Kanun Keseksaan (KK) kerana secara tidak jujur menyalahgunakan harta iaitu hasil jualan 1,159 produk keluaran syarikatnya yang berjumlah RM105,400 menerusi 23 transaksi antara 12 Mei 2020 hingga 1 November 2021.

Sabit kesalahan, mereka boleh penjara hingga lima tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Bagi pertuduhan berasingan, Foong Piek, 52 berdepan 12 pertuduhan di bawah seksyen dan kanun sama iaitu menyalahgunakan harta hasil jualan 480 botol produk syarikatnya berjumlah RM36,768 menerusi 12 transaksi ke dalam akaun peribadinya antara 1 Disember 2021 hingga 1 November 2022.

Sementara Yew Wei, 45, didakwa atas 12 pertuduhan iaitu menjual 480 botol produk syarikatnya berjumlah RM36,768 menerusi 12 transaksi antara 1 Disember 2021 hingga 1 November 2022.

Malah, dia turut dituduh dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) apabila menggunakan hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM20,000 sebagai pendahuluan bagi pembelian kereta Proton X70 dan RM9,996.46 untuk membeli seutas jam tangan Sea Dweller jenama Rolex bernilai RM75,000 pada 21 Oktober 2021.

Bagi kesalahan tersebut, Yew Wei boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan juga denda lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi.

Kemudian, Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan paspot kepada mahkamah serta menetapkan tarikh sebutan semula pada 19 Ogos 2025.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alis Izzati Azurin Mohd. Rusdi sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Shalehhuddin Salam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN