MELAKA: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak kandung sendiri, melakukan amang seksual fizikal, mengugut untuk bunuh dan melibas parang terhadap isterinya. Bagaimanapun, buruh berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol anak perempuannya berusia 15…