Najib masih sakit, perbicaraan tangguh Jun - Utusan Malaysia

Najib masih sakit, perbicaraan tangguh Jun

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan akibat cirit-birit sejak Selasa lalu.

Menurut pakar perubatan klinikal HKL, Dr. Mohd. Fadhli Zil Ikram Karim, bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang diberikan cecair melalui intravena kerana berisiko mengalami dehidrasi dan tekanan darah rendah.

“Sewaktu rondaan klinikal pada pukul 7.20 pagi tadi, Datuk Seri Najib memberitahu beliau masih mengalami cirit-birit. Walaupun tekanan darahnya stabil tetapi pemeriksaan lanjut mendapati beliau ada risiko tinggi dehidrasi dan boleh mengalami tekanan darah rendah.

“Kami telah mula memasukan cecair saline melalui intravena bagi menggantikan cecair yang hilang akibat cirit-birit dan bagi mengelakkan dehidrasi terus berlaku,” katanya.

Tambah pakar perubatan itu, selepas berbincang dengan juruperunding hospital, mereka memutuskan Najib tidak sihat untuk hadir ke mahkamah kerana perlu dipantau setiap beberapa jam dan perlu menerima cecair secara intravena.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah akan bersambung 21 Jun ini.

Mahkamah sepatutnya mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-44, Kevin Michael Swampillai yang merupakan bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Kekayaan di Bank BSI Cawangan Singapura pada sesi soal balas semalam.

Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Najib didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram didakwa dilakukan di antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.

Bekas Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya