Kehidupan anak terjejas kalau nafkah dikurangkan - Utusan Malaysia

Kehidupan anak terjejas kalau nafkah dikurangkan

SAM Bunkface ketika memberikan kenyataan selepas tamat prosiding permohonan pinda jumlah nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam. - UTUSAN/MOHD FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas isteri Sam Bunkface mendakwa kehidupan anak mereka akan terjejas sekiranya nafkah anak sebanyak RM1,300 dikurangkan.

Bekas penerbit eksekutif sebuah rancangan hiburan, Aida Azira Hussin, 36, berkata, sekiranya perbelanjaan itu dikurangkan, anaknya, Maleeq tidak lagi mendapat makanan yang cukup, tidak dapat makan aiskrim, mainan dan macam-macam lagi.

“RM1,300 kalau dikurangkan, nak kurangkan berapa? Memang tak cukup, dengan harga barang naik.

“Kalau kurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan dia (anak), aiskrim, mainan dan tempat tinggal dia.

“Tempat tinggal dia mesti nak selesa, takkan saya tak pasang aircond (pendingin hawa),” katanya ketika disoal balas oleh peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Sam.

Aida Azira berkata demikian pada perbicaraan permohonan pinda nafkah anak yang difailkan oleh Sam atau nama sebenarnya, atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharum.

Sam memohon untuk meminda nafkah anak mereka daripada RM1,300 kepada jumlah yang mampu dilunaskan yang mana ia berlaku ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ini kerana Sam mendakwa punca pendapatannya sangat terhad selain perniagaan turut terjejas selama hampir dua tahun.

Pada awal sesi soal balas, Aida Azira memberitahu nafkah anak sebanyak RM1,300 yang diberikan Sam akan digunakan untuk membayar insurans, tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), perubatan, alat permainan, pakaian, buku dan perbelanjaan utiliti.

Perbelanjaan persekolahan anak mereka di Genius Aulad ditanggung sepenuhnya oleh Sam dan tidak termasuk dalam nafkah anak RM1,300.

Selain itu, Aida Azira ketika disoal balas bersetuju bahawa nafkah adalah berdasarkan kemampuan bapa namun tidak bersetuju perbelanjaan seorang anak perlu mengikut kemampuan bapa.

Liyana: Saya cadangkan nafkah adalah tanggungjawab bapa.
Aida Azira: Setuju.

Liyana: Jadi, nafkah adalah berdasarkan kemampuan bapa.
Aida Azira: Setuju.

Liyana: Jadi kalau kemampuan bapa sahaja setakat ini sahaja, jadi anak kena ikut kemampuan bapa.
Aida Azira: Tidak setuju.

Terdahulu, Aida Azira mengakui beliau mengubah penggiliran penjagaan anak mereka tanpa berbincang dengan Sam.

Wanita itu juga mengakui bahawa anak tersebut kini ditinggalkan bersama ibunya di Melaka kerana beliau bekerja secara hidbrid yang memerlukannya berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur.

Tambahnya, dia ada memberikan wang sebanyak RM350 sebulan kepada ibunya untuk dibelanjakan ke atas anaknya itu.

Atas persetujuan bersama, Sam dan Aida Azira akan menjaga Maleeq selama dua minggu sebulan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof bersambung 26 Jun ini untuk pemeriksaan semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya