Kalimah Allah: Gereja, paderi tarik balik semakan kehakiman - Utusan Malaysia

Kalimah Allah: Gereja, paderi tarik balik semakan kehakiman

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rentetan daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah, Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dan paderinya, Jerry A. Dusing turut menarik balik semakan kehakiman mereka berhubung isu sama.

Perkara itu disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan ketika dihubungi media hari ini.

Pada 10 Disember 2007, gereja itu dan Jerry memfailkan semakan kehakiman terhadap KDN dan kerajaan berhubung hak mereka untuk menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan keagamaan mereka.

Mereka memohon diisytiharkan bahawa mereka mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menggunakan kalimah Allah dalam injil Kristian terjemahan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia dan dalam semua penerbitan dan bahan keagamaan mereka.

Noris pemberhentian tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 25 April lalu. 

Pada 18 April lalu, KDN dan Kerajaan Malaysia menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.

Selain memohon agar diberikan hak untuk menggunakan kalimah Allah, SIB dan Jerry turut mencabar tindakan Jabatan Kastam merampas buku yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.

Buku berkenaan bagaimanapun dikembalikan kepada gereja itu pada 25 Jan 2008.

Pada 5 Mei 2014, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sidang Injil Borneo (SIB) untuk mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang pengimportan buku Kristian mengandungi kalimah ‘Allah’.

Mahkamah menolak semakan tersebut atas alasan Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Bagaimanapun, pada 1 Oktober 2014, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada gereja itu untuk memulakan semakan kehakiman itu selepas membenarkan rayuan gereja dan Jerry. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.