Penyelia syarikat keselamatan didakwa edar heroin

Penyelia syarikat keselamatan didakwa edar heroin

TERTUDUH diiring polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penyelia syarikat keselamatan berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin, awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Amali Matsuro, 36, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati mengedar dadah jenis heroin dengan berat kasar 1.4 kilogram (kg).

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 9 malam di tepi Jalan TU 60 berhadapan Pangsapuri Sri Utama Ayer Keroh dalam daerah Melaka Tengah pada 2 Februari 2023.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya mahkamah mengenakan hukuman penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang daripada 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Nora Yaacob sementara tertuduh diwakili peguam Andrew Lourdes.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh, mahkamah menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya