Berdepan tali gantung, padah edar syabu

Berdepan tali gantung, padah edar syabu

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas dituduh di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Angkara dadah jenis syabu, seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar barang terlarang berkenaan.

Semasa pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam, tertuduh, Lau Siong Poh, 50, hanya mengangguk faham namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah mengedar dadah jenis syabu dengan berat kasar 23,188 gram yang disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 12.10 tengah malam di Jalan Baiduri 8, Pulau Melaka dalam daerah Melaka Tengah pada 22 November 2022.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum gantung mandatori mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Mahkamah menetapkan 16 Januari 2023 bagi sebutan semula kes dan serahan laporan kimia berat sebenar dadah.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Polis Kontinjen Melaka berjaya menggagalkan usaha sindiket penyeludupan dadah menyeludup keluar syabu seberat 23.1 kilogram dalam operasi bersama Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pulau Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, rampasan dadah bernilai mencecah RM835,000 itu dipercayai untuk pasaran luar negara yang mana boleh digunakan seramai 115,720 penagih.

Beliau berkata, hasil serbuan ke atas sebuah kereta, pihaknya berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun yang mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka, Seksyen 39 (B) dan Seksyen 56 (1) Akta Imigresen serta Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Letupan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya