Seks luar tabii terhadap kanak-kanak 13 tahun, juruteknik dipenjara 9 tahun, 3 sebatan  - Utusan Malaysia

Seks luar tabii terhadap kanak-kanak 13 tahun, juruteknik dipenjara 9 tahun, 3 sebatan 

AZALI Abu diiring keluar anggota polis selepas Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka menjatuhkan hukuman sembilan tahun penjara berserta tiga sebatan. - UTUSAN/HADI AB. MANAP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hukuman sembilan tahun penjara berserta tiga sebatan dijatuhkan Mahkamah Sesyen di sini hari ini kepada seorang lelaki yang mengaku salah melakukan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang dilarikannya dari Klang, Selangor, bulan lalu.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Azali Abu, 40, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun. 

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam di sebuah rumah di Pangsapuri Bachang Permai, Jalan Tun Fatimah dekat sini, 16 Jun lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan.

Tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak turut didakwa masing-masing dengan empat lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. 

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja kesemua pertuduhan itu dibacakan. 

Tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada 16 Jun 2022 kira-kira pukul 10 malam dan 17 Jun 2022 antara 9 pagi sehingga 10 malam di lokasi sama. 

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Batu Berendam di sini berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, bagi setiap pertuduhan. 

Mengikut fakta kes, ibu mangsa berusia 30 tahun telah menerima panggilan telefon daripada pemandu van sekolah memaklumkan anaknya tidak kelihatan selepas tamat persekolahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah Pendakwaan negeri, Ahmad Sazali Omar dan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon hukuman berat dikenakan bagi pengakuan dibuat tertuduh.

Mengikut hujahan, tertuduh telah melarikan mangsa dari Klang dan dibawa ke pangsapuri berkenaan untuk melakukan perbuatan terkutuk.

Kata Ahmad Sazali, tertuduh telah berusia 40 tahun telah mengambil kesempatan terhadap mangsa yang hanya merupakan seorang pelajar tingkatan satu. 

Hakim menetapkan 28 Julai depan sebagai sebutan semula kes dan lantikan peguam. 

Terdahulu, media melaporkan, perbuatan terkutuk seorang lelaki yang dipercayai melarikan pelajar perempuan berusia 13 tahun dan merogolnya mengundang padah apabila dia dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, penahanan suspek dilakukan hasil laporan ibu mangsa mengenai kehilangan remaja tersebut di sekitar daerah ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya