KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid menegaskan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pertuduhan terhadapnya berselindung di sebalik motif politik walaupun tiada keterangan sedemikian dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Presiden UMNO menyatakan berpendiriannya bahawa perkara itu adalah hakikat yang berlaku kepada beliau dan ahli politik lain yang diheret ke mahkamah. “Dari segi pendakwaan secara atas kertas memang tidak, tetapi di belakangnya saya mengetahui ia bertujuan untuk bermotifkan politik,”…










