Kes Najib: Peguam mohon tangguh lagi, prosiding jalan secara hidbrid - Utusan Malaysia

Kes Najib: Peguam mohon tangguh lagi, prosiding jalan secara hidbrid

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini akan dijalankan secara hidbrid.

Ini kerana salah seorang peguam yang mewakili Ahli Parlimen Pekan itu positif Covid-19 selepas menghadiri majlis sambutan bersama keluarga dan rakan, Sabtu lalu.

Lewat malam semalam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar prosiding hari ini dan keputusan rayuan Najib yang dijadualkan esok ditangguhkan.

Namun, media dimaklumkan bahawa panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan akan mendengar permohonan di dewan mahkamah bersama-sama pihak pendakwaan.

Barisan peguam akan menyertai prosiding melalui aplikasi Zoom di kediaman masing-masing.

Media akan mengikuti prosiding tersebut di salah sebuah bilik persidangan mahkamah secara siaran langsung.

Menurut surat yang dihantar ke mahkamah malam tadi, Muhammad Shafee menjelaskan barisan peguam Najib sedang menyiapkan pemfaikan hujahan bertulis bagi prosiding hari ini, namun sekitar pukul 6 petang, salah seorang peguam terlibat menerima panggilan daripada ibunya yang menyatakan dia (ibunya) didapati positif COVID-19.

Muhammad Shafee berkata, beliau, Muhammad Farhan bersama isteri dan anak lelakinya menghadiri sambutan dan perjumpaan bersama keluarga dan rakan terdekat yang turut dihadiri peguam terbabit dan ibunya, Sabtu lalu.

Selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, kesemua peguam yang berada di firma guaman Tetuan Shafee & Co telah membuat ujian kendiri yang mana Muhammad Farhan didapati positif melalui tiga test kit berbeza manakala peguam lain menunjukkan keputusan negatif.

“Tambahan pula, anak guam kami (Najib) hadir di pejabat bagi tujuan semakan dan mengikrarkan afidavit yang difaikan semalam.

“Oleh itu, semua status aplikasi MySejahtera milik semua yang terbabit berubah kepada sama ada kontak rapat atau kontak kasual dan masing-masing sedang menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR),” katanya.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku, namun mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselematan semua yang terbabit dalam prosiding rayuan berkenaan.

Sementara itu, sehingga pukul 9.20 pagi ini, kelibat Najib juga tidak kelihatan di Mahkamah Rayuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya