TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya menyantuni anak yatim dari Rumah Anak Yatim As-Sakinah, rakan-rakan media dan juga sukarelawan Pusat Khidmat DUN 24 (OCN24) baru-baru ini.
Dalam Majlis Iftar Ramadan itu, Shahelmey turut menyampaikan sumbangan kepada 40 penghuni As-Sakinah bagi membolehkan mereka membeli persiapan sempena Aidilfitri.
Shahelmey dan isteri, Datin Dayang Siti Nur Hayyati Ag Mohd. Saufi turut memberi sumbangan duit raya kepada semua jemputan yang hadir dalam majlis tersebut.
Malah, beliau berharap kerjasama yang terjalin bersama media dan warga kerja OCN24 akan terus dieratkan bagi membolehkan gerak kerja di peringkat Parlimen Putatan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dapat dipergiatkan. – UTUSAN