MELAKA: Butik Rakyat Rahmah 4.0 terus mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 1,000 pengunjung menyerbu Pusat Transformasi Luar Bandar (RUTC) Klebang Besar, Pulau Gadong di sini, sejak Selasa lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Klebang Besar, Datuk Mohd. Yusof Abu Hassan berkata, kira-kira 7,500 helai pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak berjaya diagih-agihkan kepada orang ramai. Menurutnya, sejak tersiarnya berita butik berkenaan memberikan pelbagai jenis pakaian terpakai secara percuma,…