Mari's Buffet cafe pertama di Kuantan tawar pakej perkahwinan - Utusan Malaysia

Mari’s Buffet cafe pertama di Kuantan tawar pakej perkahwinan

JAMALIAH ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mari’s Buffet menjadi cafe pertama dalam bandaraya ini yang menawarkan pakej perkahwinan buat bakal pengantin yang ingin melangsungkan hari bahagia mereka.

Pengarah Pengurusan Mari’s Buffet Cafe, Jamaliah Ismail berkata, cafe itu menyediakan lokasi perkahwinan, ruang majlis yang selesa dan premium dengan harga jimat.

Beliau berkata, tawaran pakej itu akan bermula Januari tahun depan.

“Pakej perkahwinan yang kita tawarkan bermula serendah RM5,999 untuk 100 orang tetamu.

“Dalam pakej itu, Mari’s Buffet turut menyediakan pelamin moden, meja dan kek pengantin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jamaliah berkata, antara menu dalam paket itu, nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, opor daging, acar, papadom, ikan masin, sambal belacan dan ulam raja.

“Kita turut menyediakan kuih tradisional, buah campuran kordial beserta air kopi dan teh.

“Turut disediakan meja pengantin, antara menu tambahan buat pengantin adalah seekor ayam golek, ikan siakap masak tiga rasa dan udang goreng mentega,” katanya.

Beliau berkata, turut disediakan secara percuma alat siaraya, bilik menunggu khas orang kenamaan (VIP) dan tempat parkir.

Menurutnya, bakal pengantin tidak perlu bimbang soal harga kerana banyak pilihan disediakan bergantung kepada peruntukan mereka.

“Bagi mengurangkan kos, bakal pengantin juga perlu memilih lokasi perkahwinan yang realistik.

“Jika memilih perkahwinan di hotel atau dewan eksklusif dengan hiasan dekorasi yang gah pastinya kosnya mahal berbanding dibuat di kediaman sendiri,” katanya.

Bakal pengantin yang berminat dan ingin bertanya tentang pakej tersebut boleh menghubungi Mari’s Buffet di talian 01111403345. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.