Hina Islam: JAWI siasat video tular - Utusan Malaysia

Hina Islam: JAWI siasat video tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil maklum berkenaan video tular dipercayai perbuatan menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab sekitar Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini. 

Pengarah JAWI, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, siasatan awal dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JAWI. 

Menurut beliau, tindakan yang tular itu boleh diambil mengikut di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 7  iaitu menghina, atau menyebabkan dipandang hina.

“Jika didapati bersalah pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” kata beliau dalam kenyataan hari ini. 

Mohd. Ajib berkata, JAWI tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah-Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidiladha yang mulia ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya