Pelancongan lestari perlu diwujudkan - Utusan Malaysia

Pelancongan lestari perlu diwujudkan

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (kiri) berkenan berangkat meninjau Gua Bukit Ngulang, Kangar, Perlis, semalam.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Pelancongan lestari perlu diwujudkan termasuklah pemuliharaan yang ketat terhadap spesies terancam bagi menjadikan sesebuah kawasan tersebut dikenali di negara lain.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ia juga dijadikan sebagai subjek perundangan pemuliharaan alam sejajar dengan usaha menjadikan Perlis sebagai destinasi ekopelancongan.

Baginda bertitah, beberapa strategi wajar dimanfaatkan dengan sebaiknya termasuklah mendidik penduduk setempat mengenai kepentingan warisan alam semula jadi dan pengurusan pemuliharaan alam sekitar.

“Kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan juga harus dipertingkatkan selain menyediakan hospitaliti dan kemudahan terbaik, pengurusan acara yang lengkap serta memperkenalkan rangkaian maklumat untuk pelancong dan pengunjung.

“Pada masa yang sama teknologi terkini hendaklah dipergiatkan supaya eko pelancongan ini dapat dipromosikan dalam media sosial kerana ramai yang mencari rujukan melalui sumber tersebut seperti laman web, blog, vlog dan ‘live reviewing’ oleh personaliti terkenal yang menjadikan sesuatu destinasi itu viral,” titah baginda selepas berkenan berangkat meninjau Gua Bukit Ngulang, di sini, semalam.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Pengerusi Kelab Sukarelawan Pelancongan Negeri Perlis, Zulkifli Md Jusoh dan Pengusaha Riverview Homestay, Mohd Azrif Md Amin.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan singgah menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih iaitu  Rasmadi Hassan, Marzuki Yeem dan Siti Rabedah Ismail bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Setiap seorang daripada mereka menerima sumbangan berjumlah RM700, Kit MAIPs Peduli dan beras fidyah menerusi Program MAIPs Peduli Khas Covid-19.

Baginda turut berkenan merasmikan projek peningkatan sosio ekonomi asnaf MAIPs berupa sumbangan peralatan dapur untuk perniagaan warung yang diusahakan Zulkufli Mohamad di Batu 3 1/2, Jalan Santan Padang Pauh. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya