Jerman berpesta gol belasah Curacao 7-1

Jerman berpesta gol belasah Curacao 7-1

PEMAIN Jerman meraikan kejayaan mereka membelasah Curacao 7-1 dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia di Stadium Houston, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Jerman membuka kempen Piala Dunia 2026 dengan penuh bergaya apabila membelasah Curacao 7-1 dalam aksi Kumpulan E kejohanan di Stadium Houston, semalam.

Skuad kendalian Julian Nagelsmann itu memulakan aksi tersebut seperti yang dijangkakan apabila mereka memperoleh gol seawal minit keenam menerusi jaringan Felix Nmecha.

Bagaimanapun, Jerman tersentak apabila pendatang baharu kejohanan, Curacao berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-21 menerusi jaringan Livano Comenencia.

AKSI pemain Jerman, Deniz Undav (kiri) ketika melepaskan rembatannya untuk meledak jaringan keenam pasukannya menentang Curacao dalam aksi Kumpulan E Piala Dunia di Stadium Houston, semalam. – AFP

Skuad Die Mannschaft kembali mendahului permainan hasil jaringan Nico Schlotterbeck pada minit ke-38 sebelum Kai Havert menjadikan kedudukan 3-1 pada minit terakhir babak pertama.

Memasuki babak kedua, Jerman tidak memberi ruang kepada lawan apabila mereka meledak gol keempat hasil jaringan Jamal Musiala pada minit ke-47 sebelum Nathaniel Brown menghasilkan gol kelima pada minit ke-68.

PENYOKONG Jerman memberikan sorakan kepada pasukannya menentang Curacao di Stadium Houston, semalam. – AFP

Curacao seakan-akan kehilangan keyakinan mereka selepas ketinggalan 5-1 apabila Jerman tidak menghadapi masalah untuk membolosi gawang buat kali keenam hasil percubaan Deniz Undav pada minit ke-78.

Havert meledak gol kedua peribadinya dalam aksi tersebut pada minit ke-88 sekali gus memberi kemenangan besar buat pasukannya.

Selepas ini Jerman akan menentang Ivory Coast di Toronto pada 20 Jun ini manakala Curacao bertemu Ecuador di Kansas City juga pada hari yang sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN