Selepas BBC, isu Sajat 'panas' dalam berita portal Korea Selatan - Utusan Malaysia

Selepas BBC, isu Sajat ‘panas’ dalam berita portal Korea Selatan

TANGKAP layar Twitter yang memaparkan Nur Sajat dalam portal berita Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berita sensasi mengenai usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bukan sahaja dilaporkan menerusi portal berita BBC, kini menembusi portal berita Korea Selatan, yna.co.kr.

Nampaknya luahan Muhammad Sajjad yang kononnya sebagai ‘transgender yang teraniaya’ di negara asalnya telah diperbualkan di serata dunia.

Seorang warganet, @surizasyazwany dalam ciapan Twitternya bertanya; “Dah kenapa sajat masuk news korea ni?”

@surizasyazwany turut memberi pautan berita yang dimaksudkannya yang memaparkan wajah Muhammad Sajjad tersebut.

@syzwn_nana pula berkata, “Jadi idol kot.”

Portal berita Korea Selatan. yna.co.kr memuatkan berita mengenai Nur Sajat yang tidak berpuas hati dengan layanan sebagai transgender di Malaysia.

Usahawan kosmetik itu  dilihat sengaja meraih simpati apabila mendedahkan kepada portal berita BBC di Sydney konon dirinya dianiaya semasa berada di Malaysia.

Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan melarikan diri selepas mendakwa dikasari oleh pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab pada 23 Februari lalu.

Usahawan sensasi itu kemudian menghilang dan dikesan melarikan diri ke Thailand.

Namun, pada 8 September lalu, dia ditahan pihak imigresen Thailand kerana memiliki passport tidak sah.

Muhammad Sajjad kini berada di Australia dan memaklumkan negara itu banyak membantunya memulakan kehidupan baharu di sana. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya