Suspek kurung, liwat remaja, pernah dipenjara akibat rogol GRO

Suspek kurung, liwat remaja, pernah dipenjara akibat rogol GRO

Bekas banduan rogol GRO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Suspek diburu polis berhubung kes mengurung dan meliwat seorang remaja dekat pangsapuri Rimau Indah di sini, kelmarin disahkan merupakan seorang bekas banduan atas kesalahan rogol, rompak dan kurung wanita pada 2007.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya masih mengesan kedudukan suspek, namun mengesahkan suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Semakan (juga) dibuat memang suspek ada rekod jenayah lampau sepertimana dinyatakan dan juga sudah terima hukuman,” katanya ketika dihubungi.

Hampir 20 tahun lalu, suspek pernah dipenjara selama 17 tahun pada 2008 atas kesalahan merogol, merompak dan mengurung wanita dekat Pandan Indah pada 15 Disember 2007.

Menurut laporan akhbar pada 23 Oktober 2008, lelaki terbabit yang merupakan bekas ejen pelancongan dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun atas kesalahan merogol dan empat tahun bagi kesalahan merompak dan enam bulan bagi kesalahan mengurung seorang wanita pelayan pelanggan (GRO).

Malah, atas kesalahan merogol juga, lelaki berusia 42 tahun itu turut dikenakan hukuman tiga sebatan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ampang selepas dia mengaku salah atas semua pertuduhannya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan seorang pelajar tingkatan 2 menghadapi trauma selepas dikurung lebih tiga jam dan diliwat oleh seorang lelaki dipercayai penjual pakej internet dekat sebuah rumah pangsapuri di Seksyen 32, Kota Kemuning di sini, kelmarin.

Mangsa merupakan remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikatakan diajak bebual oleh suspek kira-kira pukul 8.05 pagi sebelum diperdaya dengan tawaran pakej internet telefon bimbit dengan syarat membantunya mengangkat barang dalam rumah di kondominium berkenaan.

Ramsay Embol memberitahu, akibat terpengaruh dengan tawaran tersebut mangsa terus mengikuti suspek sebelum tangan dan kakinya diikat dan disyaki turut diliwat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN