Lelaki maut tercampak dalam longkang

Lelaki maut tercampak dalam longkang

Lelaki maut dalam longkang
PASUKAN bomba membantu mengeluarkan lelaki yang maut selepas tercampak ke dalam longkang akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan, dekat Jalan Kapar Batu 5, di Klang, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki maut selepas tercampak ke dalam longkang akibat dirempuh sebuah kenderaan dekat Jalan Kapar Batu 5, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.23 pagi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara ke tempat kejadian.

“Daripada laporan komander operasi, terdapat seorang lelaki berusia 30-an berada di dalam longkang berkedalaman 2 meter itu. Menurut maklumat pemanggil, mangsa tersebut dirempuh oleh sebuah kenderaan dan tercampak ke dalam longkang.

“Anggota bertugas mengangkat masa dengan menggunakan stretcher dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, seramai tujuh orang pegawai dan anggota dibantu sebuah jentera penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian pada jarak 5 kilometer. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN