Polis sahkan lelaki dipercayai warga Bangladesh maut dilanggar lari

Polis sahkan lelaki dipercayai warga Bangladesh maut dilanggar lari

Maut dilanggar lari
PASUKAN bomba membantu mengeluarkan lelaki yang maut selepas tercampak ke dalam longkang akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan, dekat Jalan Kapar Batu 5, di Klang, Selangor, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis memburu suspek pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan berwarna hitam kerana disyaki melanggar lari seorang lelaki sehingga maut dan tercampak ke dalam parit dekat Jalan Kapar Batu 5, di sini, awal pagi tadi.

Suspek didapati merempuh mangsa seorang mangsa dipercayai warga Bangladesh yang sedang jalan kaki di laluan arah Bandar Klang sehingga menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan parah di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati suspek sedang memandu di laluan berkenaan merempuh pejalan kaki berkenaan di bahu jalan kira-kira pukul 3 pagi.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa tercampak ke dalam parit, manakala pemandu kenderaan terbabit bertindak melarikan diri. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian perut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, sehingga kini kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berdekatan untuk menyalurkannya atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860.

”Orang awam dinasihatkan agar sentiasa memandu dengan berhemah serta mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama,” ujarnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang lelaki maut selepas tercampak ke dalam longkang akibat dirempuh sebuah kenderaan, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.23 pagi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara ke tempat kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN